Mendekati pengundi muda berusia 18 tahun adalah aktiviti dilakukan pemimpin kerajaan dan pembangkang di Tawau.

Aktiviti bersama golongan muda itu adalah memberi persediaan kepada mereka sebelum menunaikan tanggungjawab membuat undi pada PRU15.

Bagi pemimpin kerajaan mereka mengadakan taklimat isu-isu semasa melibatkan para pelajar kolej tingkatan enam.

Manakala pemimpin Warisan pula, mengadakan kempen pendedahan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Semua perkara ini bagi memastikan anak-anak muda cakna dengan isu semasa sebelum menunaikan tanggungjawab mengundi.